Coretan: Intan Jastina Jamaluddin
– intanjastina@gmail.com
Salam,
Sebelum ini saya banyak terdedah
dengan pelbagai resipi infused water ataupun
air detoks menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada beberapa resipi telah
saya (dan Nabiha... juga Nail) cuba. Memang berkesan! Kami bertiga sangat sukakannya.
Dalam bulan Ramadhan lepas, baru
saya tahu yang kurma dan kismis pun boleh dijadikan bahan utama infused water. Apatah lagi, ia adalah amalan Rasulullah SAW. Berdasarkan pembacaan, AIR NABEEZ digemari
Baginda.
Ia dihasilkan dengan merendam
beberapa biji kurma atau kismis (dalam bilangan ganjil) ke dalam bekas bertutup
berisi air kosong selama semalam. Seelok-eloknya dibuat pada waktu petang atau malam.
Selidik punya selidik melalui
encik Google, rupa-rupanya ada do and
dont’s dalam membuat air nabeez ni. Kita kena pilih sama ada mahu buat air
nabeez guna kurma atau kismis. Kita tak boleh gabungkan kedua-duanya bersama-sama.
Apa yang seronoknya, air nabeez boleh
disimpan di dalam peti sejuk. Sedap kan dapat minum sejuk! Ia boleh tahan dalam masa satu ke dua
hari. Tetapi kita dilarang meminum air nabeez yang disimpan lebih daripada tiga
hari. Sebabnya, proses penapaian berlaku apabila kurma atau kismis dibiarkan
terendam melebihi tiga hari.
Bagi saya, air yang fresh lebih sedap. Tak perlu disimpan
lama. Semalaman pun dah cukup. Sama seperti infused
water, air nabeez ini saya simpan dalam peti sejuk untuk tempoh semalaman
sahaja dan kami akan habiskannya dalam masa satu hari.
Air nabeez juga boleh diubahsuai
menggunakan susu atau yogurt untuk dijadikan smoothie. Caranya sama saja. Rendam dan paling penting simpan dalam peti sejuk supaya susu atau yogurt tidak rosak.
Kalau “orang putih” popularkan infused water, apa kata kita sebagai
umat Nabi viralkan air nabeez pula. Air nabeez adalah minuman berakali! Ia mampu
menolong kita membuang asid daripada sistem pencernaan. Dalam masa yang sama menyingkirkan
toksin daripada badan kita. Pendek kata, air nabeez sama seperti infused water tau!
Bagi saya, air nabeez ini bagus
untuk Nabiha dan Nail (serta Nuha juga yang memperolehnya melalui susu ibu) disebabkan
kurma kaya dengan pelbagai zat makanan. Manakala kismis pula tinggi fruktosa dan
glukosa (gula ringkas) yang baik untuk menguatkan daya ingatan.
Syukur, dari semasa ke semasa
kita didedahkan dengan pelbagai maklumat pemakanan Baginda Rasulullah. Jom kita sama-sama
amalkan sebab gaya hidup cara sunah memang terbukti baik untuk kehidupan kita.
Salam,
Jastina Ijjas