Siapa Saya?

Saya... Intan atau Jastina mahupun Jastina Ijjas merupakan personal assistant kepada Ameen Ijjas. Juga, "tempat bergantung harapan" buat dua orang superkids iaitu Nabiha Ai'sha Ijjas & Nail Ariq Ijjas. Ketiga-tiga mereka adalah tunjang kekuatan saya dalam meneruskan "perjuangan" dalam bidang penulisan. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, siapalah saya...

Berbekalkan pengalaman menulis secara serius hampir 12 tahun, saya mahu menjadikan blog ini sebagai satu lagi wadah untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman terutamanya tentang dunia keibupaan dan yang seangkatan dengannya. 

No comments:

Post a Comment