Monday 27 January 2014

"ULTRAMAN TAK SAMA ALLAH!"

Coretan: Intan Jastina Jamaluddin

Salam,

Sedang saya sekeluarga asyik menjamu selera hujung minggu yang lalu, tiba-tiba Nabiha menegur saya, "Mommy, jangan ajar Nail, Ultraman tau! Tak bagus. Allah yang lebih kuat daripada Ultraman, Lagipun, Ultraman kan tak wujud..."

Saya tersentak. Kebetulan, sewaktu Nabiha menegur itu, televisyen yang sengaja dibiarkan terpasang baru sahaja memulakan siaran program Ultraman. Tidak sangka, dia tiba-tiba teringat tentang kekuasaan Allah SWT ketika terpandang intro program itu lalu menegur saya.

Saya tahu tegurannya itu demi kebaikan bersama. Saya terima teguran anak kecil ini. Selama ini, saya memang suka bergurau dengan Nail dan berpura-pura menjadi Ultraman dengan melakukan gaya silang tangan yang biasa dilakukan oleh adiwira kegemaran kanak-kanak cilik ini. Daddynya pun kadang-kadang melakukan perkara yang serupa.

Sebenarnya, kami sekadar bergurau tanpa ada niat lain di sebaliknya. Lagipun, melihat keletah Nail yang akan ketawa menggelekek membuatkan hati ini rasa senang. Nail kini semakin membesar. Dia sudah faham akan sesuatu dan mula suka bergurau senda.

Bila difikirkan memang betul kata Nabiha. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa. Tiada apa dan sesiapa pun yang lebih kuat daripadaNya. Maafkan mommy ya sayang, Nabiha dan Nail. Mommy terlepas pandang dan ambil ringan berkenaan hal ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak sama sekali menidakkan kekuasaan Allah SWT. Bagi saya semua ini adalah antara fasa-fasa dalam perkembangan diri kanak-kanak. Nabiha dahulu pun suka menonton adiwira ciptaan manusia dan pernah menjadikannya sebagai idola. Dia juga suka Ultraman... Ultraman Tiga. Waktu itu umurnya baru 4... 5 tahun.

Apa-apa pun terima kasih ya Nabiha kerana menyedarkan mommy dari lamunan. Kamu dah makin dewasa walaupun belum cecah 9 tahun. Kamu semakin hari, semakin berakal. Semoga kamu terus istiqamah dalam mendalami ilmu tauhid dan akidah. Doa mommy sentiasa mengiring kamu dan kamu... Nabiha dan Nail. Amin ya Rabb.

Salam,
Jastina Ijjas

2 comments:

  1. Bijaknkya Nabiha.. kadang2 kita ni terlalu layan anak sampai terlupakan INtan? Haziq pun sama..suka sangat dengan ULtraman..selalu kata.. Ultraman ada kuasa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... nabiha dah besar sikit dah berakal.. lagipun dia kan gi sekolah agama. Ada extra exposure kat sana...
    Suatu hari nanti Haziq pun akan sama macam Nabiha... Haziq kecik lagi... Macam yang Intan kata dulu Nabiha pun suka silang2 tangan ala2 Ultraman... masa tu baya2 Haziq gak...
    Dah makin besar... anak kita in sha Allah tahu mana yang betul... mana yang tidak...

    ReplyDelete